

Selamat Datang ke Yayasan Anda Digital
Belajar Bila-Bila Masa, Di Mana Saja, Tanpa Tekanan. Serlahkan Potensi.
Platform percubaan sekolah digital yang lebih memudahkan. Lebih banyak ruang dan keselesaan untuk pelajar, lebih banyak kebebasan untuk guru dalam mendidik.
“YAD didn’t just expand my perspective — it transformed how I approach every decision in life.”
Clara
Kuala Lumpur
Sains, Matematik, Kemahiran Hidup dan Survival, Seni dan Sastera.







Pendidikan Bukan Hanya Tentang Apa Yang Kita Perlu Tahu. Tapi untuk apa digunakan kelak.
Teknologi Untuk
Pembangunan Diri
Ilmu memberi kita pengetahuan. Pengalaman membentuk kita. Pembelajaran pula membantu kita berkembang.
Di YAD, kami percaya setiap pelajar mempunyai ruang untuk menjadi lebih yakin, lebih berani mencuba dan lebih bersedia menghadapi kehidupan.
Satu Platform Untuk Belajar & Berkembang
Pembelajaran yang lebih fleksibel, interaktif dan tersusun — direka untuk membantu pelajar bergerak daripada “saya tak faham” kepada “saya dah boleh”.

Pantau Kemajuan
Lihat perkembangan pembelajaran dari semasa ke semasa — kursus yang telah dimulakan, sedang dipelajari dan telah diselesaikan.

Pilih Laluan Pembelajaran
Ikuti pembelajaran secara tersusun mengikut kursus atau program yang disediakan, daripada satu langkah kepada langkah seterusnya.

Peningkatan Pendigitalan
Mudah diikuti, tiada tekanan dan peluang untuk menampah kemahiran disamping mendalami kecekapan pendigitalan dalam pendidikan

Pengktirafan Usaha
Lengkapkan pembelajaran dan, bagi program yang ditetapkan, terima sijil sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian anda.

Video Interaktif
Belajar melalui kandungan video yang lebih menarik dan interaktif, bukan sekadar menonton secara pasif.

Kuiz dan Penilaian
Uji kefahaman melalui kuiz, soalan dan aktiviti penilaian yang membantu pelajar mengetahui sejauh mana mereka benar-benar memahami sesuatu topik.
Fokus Pada Satu Kemahiran.
Tak perlu belajar semuanya sekaligus. Pilih satu kemahiran, luangkan sekitar 2 jam dan kuasai asas yang boleh terus digunakan.
CARA MUDAH KUASAI ALGEBRA
Algebra tak semestinya susah. Belajar memahami pemboleh ubah, ungkapan dan persamaan melalui langkah yang mudah, jelas dan tersusun.
Apa yang anda akan pelajari:
Faham asas algebra dengan lebih mudah
Kuasai langkah menyelesaikan persamaan
Kenal pasti kesilapan yang biasa berlaku
Bina keyakinan dalam Matematik

TAKTIK KARANGAN SEDAP DALAM BAHASA INGGERIS
Nak tulis karangan English dengan lebih yakin? Pelajari cara membina idea, menyusun isi dan menghasilkan karangan yang lebih jelas dan menarik.
Apa yang anda akan pelajari:
- Bina introduction yang lebih menarik
- Kembangkan idea dengan contoh dan penerangan
- Susun isi supaya lebih kemas dan tersusun
- Kenal pasti dan baiki kesalahan biasa
TEKNIK MUDAH MENGHAFAL PERISTIWA SEJARAH
Jangan sekadar hafal — fahami dan hubungkan fakta. Gunakan teknik kata kunci, timeline, cerita dan mnemonic untuk mengingati peristiwa sejarah dengan lebih mudah.
Apa yang anda akan pelajari:
- Faham fakta sebelum menghafalnya
- Gunakan kata kunci dan teknik mnemonic
- Hubungkan tokoh, tempat dan peristiwa
- Ingat kronologi dengan lebih sistematik
BELAJAR, BANTU KELUARGA & URUS MASA
Sekolah penting. Membantu keluarga pun penting. Belajar bagaimana mengurus masa, tugasan dan ulang kaji apabila kehidupan harian mempunyai banyak tanggungjawab.
Apa yang anda akan pelajari:
- Susun keutamaan dengan lebih bijak
- Gunakan masa singkat untuk belajar
- Bina jadual yang realistik
- Seimbangkan sekolah, keluarga dan rehat

AI SMART SKILLS
Gunakan ChatGPT untuk belajar — bukan untuk meniru. Pelajari cara bertanya soalan yang lebih baik, membuat kajian, berfikir secara kritikal dan menggunakan AI secara bertanggungjawab.
Apa yang anda akan pelajari:
- Bina prompt dan soalan yang lebih berkesan
- Gunakan AI untuk belajar pelbagai subjek
- Gunakan AI untuk membuat kajian sekolah
- Elakkan copy-paste, plagiarisme dan penyalahgunaan AI
“Dunia sedang berubah.
Cara kita belajar juga berubah.
Namun satu perkara tidak pernah berubah, pendidikan tetap mampu mengubah kehidupan seseorang.”
— Yayasan Anda Digital
Mula Belajar Dalam 5 Langkah Mudah
Dari daftar masuk sehingga melihat kemajuan sendiri — semuanya direka supaya mudah.1Daftar akaun
Cipta akaun YAD dan lengkapkan maklumat asas anda.
2Pilih
Terokai kursus dan pilih topik yang sesuai dengan keperluan anda
3Mula belajar
Masuk ke kursus dan belajar melalui video, bahan digital, aktiviti serta penilaian yang tersedia
4Tamatkan modul.
Selesaikan pembelajaran, uji kefahaman dan teruskan ke kemahiran atau kursus seterusnya.
Menempa Impak

“Video dan bahan pembelajaran buat saya lebih mudah ulang topik yang saya tak faham. Saya tak perlu tunggu kelas seterusnya untuk cuba faham semula.”
Rafael

“Saya boleh pilih apa yang saya nak belajar dan teruskan ikut masa sendiri. Tak rasa terlalu berat.”
Helena

“YAD membuka ruang untuk saya belajar perkara yang boleh digunakan dalam aktivit harian bukan untuk menjawab soalan peperiksaan saja.”
Arjun

"Bahan pembelajaran buat saya lebih mudah ulang topik yang saya tak faham. Tak perlu tunggu kelas seterusnya untuk cuba faham semula."
Kaila
Minda YAD
Setiap aksara mempunyai jiwa.
October 1, 2026Dalam sistem pendidikan tradisional, waktu pembelajaran selalunya terhenti secara mutlak di pintu...Lihat senario ini: seorang ibu tersedar anaknya ada kelas tuisyen petang nanti, lalu dia keliru...October 1, 2026Kadang kala memang susah untuk mengukur tahap kefahaman sebenar seorang murid semasa sesi...Soalan Lazim
Menerangkan & Menjernihkan
Apa itu Yayasan Anda Digital (YAD)?
YAD ialah sekolah digital yang menggabungkan pembelajaran, kemahiran dan pembangunan diri dalam satu platform pembelajaran dalam talian.
2. Siapa yang sesuai menyertai YAD?
YAD sesuai untuk pelajar dan individu yang mahu menambah ilmu, membina kemahiran baharu serta meningkatkan persediaan untuk kehidupan dan kerjaya.
3. Bagaimana pembelajaran di YAD dijalankan?
Pembelajaran dijalankan secara digital melalui kursus, bahan pembelajaran, aktiviti dan sokongan pembelajaran yang disediakan dalam platform YAD.
4. Bolehkah saya belajar mengikut masa sendiri?
Ya. Kursus tertentu membolehkan anda belajar secara fleksibel mengikut masa dan kadar pembelajaran sendiri.
5. Adakah YAD menyediakan bimbingan guru?
Ya. Bagi program atau kursus tertentu, pelajar boleh mendapat bimbingan dan sokongan daripada guru atau tenaga pengajar.
6. Adakah YAD hanya untuk pembelajaran akademik?
Tidak. YAD turut memberi tumpuan kepada kemahiran hidup, komunikasi, pembangunan diri, persediaan kerjaya dan kemahiran yang berguna dalam kehidupan sebenar.
7. Adakah saya boleh mengikuti lebih daripada satu kursus / subjek?
Boleh. Anda boleh mengikuti kursus atay subjek yang tersedia berdasarkan pendaftaran dan akses yang diberikan kepada anda.
8. Adakah YAD menggantikan Google Classroom?
Tidak. YAD dan Google Classroom mempunyai fungsi dan tujuan yang boleh berbeza. Google Classroom menyediakan ruang untuk guru mengurus kelas, tugasan, komunikasi, penilaian dan kerja pelajar. YAD pula direka sebagai persekitaran sekolah digital, dengan kursus dan pengalaman pembelajaran yang tersusun dalam satu platform. Kedua-duanya boleh digunakan mengikut keperluan sekolah dan program.
9. Susah tak penggunaan YAD ?
Tidak. YAD direka dengan aliran penggunaan yang mudah dan tersusun. Pelajar hanya perlu log masuk → pilih kursus → mula belajar → lengkapkan aktiviti. Guru pula mempunyai ruang khusus untuk mengurus kelas, menyediakan pembelajaran dan melihat perkembangan pelajar. Pengguna tidak perlu mengurus sistem yang kompleks atau mempunyai kemahiran teknikal khusus untuk menggunakan fungsi asas YAD.
9. Susah tak penggunaan YAD ?
Tidak. YAD direka dengan aliran penggunaan yang mudah dan tersusun. Pelajar hanya perlu log masuk → pilih kursus → mula belajar → lengkapkan aktiviti. Guru pula mempunyai ruang khusus untuk mengurus kelas, menyediakan pembelajaran dan melihat perkembangan pelajar. Pengguna tidak perlu mengurus sistem yang kompleks atau mempunyai kemahiran teknikal khusus untuk menggunakan fungsi asas YAD.
10. Saya menggunakan pelbagai aplikasi untuk pembelajaran. Tidak mengganggu atau menambah kerumitan?
YAD direka untuk mengurangkan keperluan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Kursus, bahan pembelajaran, aktiviti, perkembangan pembelajaran dan ruang pembelajaran boleh disusun dalam satu pengalaman YAD. Jika sesuatu aktiviti memerlukan aplikasi seperti Google Meet atau Zoom, ia juga boleh diakses melalui ruang pembelajaran YAD tanpa mengubah keseluruhan aliran pembelajaran.
















